“Terima Kasih Kerajaan Malaysia, Petugas SAR” – Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

Trending

“Terima Kasih Kerajaan Malaysia, Petugas SAR” – Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

Keluarga G Vijaya Lakshmi, warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus dalam usaha untuk menjejaki wanita tersebut.

Kami sekeluarga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dengan sepenuh hati terlibat dalam operasi pencarian.

misi SAR mangsa tanah jerlus

ahli keluarga mangsa tanah jerlus

Ucapan itu dizahirkan sendiri oleh suami mangsa, Mathavan, 49, dan anak lelakinya, M Suria, 25, kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihantar pulang ke KLIA untuk berlepas ke India, pada 1 September lalu.

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, keluarga mangsa berpuas hati dengan SAR dan langkah-langkah pantas yang diambil kerajaan Malaysia.

Mereka berada di lokasi sepanjang SAR dan memantau secara dekat semua pergerakan petugas. Malah mereka juga diberi penerangan mengenai setiap pergerakan dan tindakan kerajaan.

Advertisement

keluarga mangsa tanah jerlus

Maimunah turut berkata ahli keluarga mangsa telah menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada pihak DBKL sebelum mereke berlepas pulang.

keluarga mangsa sinkhole masjid india
4 months ago

Terpaksa Terima Hakikat Perit, Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India Lakukan Ritual Sebelum Pulang Ke India

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...