Penyanyi Mimi Fly baru-baru ini membuat posting di Instagram tentang teman lelakinya yang berbangsa Afrika dan juga seorang warga Amerika Syarikat.
Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, gembira kerana hubungannya bersama lelaki tersebut yang juga seorang doktor pakar tulang belakang diterima oleh ramai pihak.
Dalam pada itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mereka berdua dalam salah satu Instagram Stories yang dimuat naik.
Terima kasih kepada yang mendoakan dan kami tersenyum membacanya.”
Namun, Mimi juga tidak menafikan dia turut menerima pelbagai kecaman dari segelintir netizen tetapi mengambil positif perkara tersebut.
Anda membenci pada perkara yang tidak diketahui. Kalian semua adalah penyokong bukan pembenci.”
Mimi juga membuat beberapa entri menunjukkan dia meluangkan masa bersama teman lelakinya di Dallas, Texas.
Memetik laporan mStar, Mimi mula mempunyai hubungan dengan doktor berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Sekadar info, Mimi juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada tahun 2015 dan berpisah setelah dua tahun bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: