Terima Kasih Kepada Penonton Prihatin – Penerbit Primadona

Hiburan

Terima Kasih Kepada Penonton Prihatin – Penerbit Primadona

Susulan entri “Luahan Hati Seorang Pembaca Yang Kecewa Dengan Rancangan Primadona“, penerbit rancangan tersebut hari ini menerusi Sinar Harian mengucapkan terima kasih kepada penonton prihatin yang sentiasa memberikan komen untuk memperbaiki lagi mutu rancangan ini.

primadona

Advertisement

Penerbit Eksekutif Primadona, Noor Haina Itam menjelaskan yang kesemua pakaian pengacara Primadona disediakan oleh diri mereka sendiri kecuali Raja Azura. Kata Haina:-

Sejak awal lagi, kita sudah ingatkan kepada mana-mana pengacara bahawa mereka hanya dibenarkan memakai skirt di bawah paras lutut dan Erra serta Rozita mengikut peraturan itu. Jadi, selalunya jika mereka memakai skirt, mereka akan pakai skirt di bawah paras lutut. Namun kita menerima secara positif komen daripada penonton dan selalunya pihak produksi dan pengacara akan berjumpa untuk memperbaiki segala kelemahan. Terima kasih kepada penonton yang prihatin dengan perkara itu.

primadona

Haina juga turut memberitahu yang rancangan Primadona adalah program universal dan pengacara akan berpakaian mengikut kesesuaian episod. Haina juga turut menegaskan yang pakaian pengacara-pengacara ini juga semakin sopan sejak kebelakangan ini. Untuk makluman, program Primadona akan bersiaran secara langsung bermula 3 Mei ini dan akan mengekalkan keempat-empat pengacara sama jika tiada aral melintang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...