Tular baru-baru ini mengenai sebuah video memaparkan pelakon Zarina Zainuddin ‘melempang’ wajah Ira Kazar sekaligus mengundang pelbagai respon dari orang ramai.
Difahamkan, tindakan itu adalah sedutan babak lakonan sempena mempromosikan produk sebuah jenama.
Dalam video tersebut, Zarina berlakon sebagai isteri pertama dan Ira pula sebagai madu aktres itu di mana dia sering dikasari dan mendapat layanan buruk.
Zarina kemudian dilihat menampar muka anak kepada pelakon Kazar itu dengan sepenuh hati.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen berbaur lucu dan menganggap Zarina sudah ‘mewakili’ sebilangan rakyat Malaysia yang geram dengan bekas isteri Syamsul Yusof itu.
Ya ampun, penampar tu betul-betul macam dah lama pendam. Terima kasih kak wakilkan kami.
Namun begitu, ada juga berpendapat lakonan Zarina agak keterlaluan dan tidak sepatutnya menampar Ira dengan terlalu kuat.
Ira juga dipuji kekal profesional meskipun banyak kali dikasari pelakon itu dalam babak lakonan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.