“Terima Kasih Jadikan Saya Isteri Yang Bahagia..” – Aisyah Hijanah Hadiahkan Alif Teega Roti Wap Serta Sepucuk Surat

Hiburan

“Terima Kasih Jadikan Saya Isteri Yang Bahagia..” – Aisyah Hijanah Hadiahkan Alif Teega Roti Wap Serta Sepucuk Surat

Baru-baru ini personaliti media sosial, Alif Teega telah berkongsi sebuah Instagram story yang memaparkan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah telah membelikannya roti wap dan dilekatkan sebuah mesej untuk suaminya itu.

Dalam surat tersebut, Aisyah mengucapkan terima kasih kepada Alif kerana telah mengembirakan dan memberikan kekuatan kepadanya. Aisyah juga bersyukur kerana Alif telah menjadikan dirinya seorang isteri yang bahagia sepanjang perkahwinan mereka.

Advertisement

Kepada pasangan saya yang tercinta, yang membawa kegembiraan dan kekuatan kepada saya, semoga roti wap ini membawa ketenangan dan kebahagiaan untukmu.

Terima kasih kerana menjadikan saya seorang isteri yang bahagia dan tabah, walaupun pelbagai cabaran yang datang kepada kita ketika ini.

aisyahSumber : Instagram  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Sebelum ini, netizen kembali digemparkan apabila Aisyah telah mendedahkan bahawa 100% harta sepencarian dirinya dan pasangannya itu telah diserahkan kepadanya atas persetujuan kedua belah pihak.

Pada masa yang sama, Alif juga turut memuat naik hantaran yang sama mendedahkan bahawa dirinya akan sentiasa membantu dan menyokong Aisyah dari belakang. Dirinya juga akui isterinya itu telah banyak mengajarnya untuk menjadi seorang suami yang baik.

Terdahulu rakyat Malaysia dikejutkan apabila Alif Teega mengumumkan bahawa dirinya telah pun bernikah buat kali kedua dengan isterinya Fatin.

BACA: Lepasni Buka Butik UMAIDAH Pula Aliff Teega Update Isu Pemberian Aset Dan Bisnes Kepada Isteri, Komen Netizen Curi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...