Terima Kasih Jadi Papa Yang Terbaik Untuk Kami Semua” – Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia

Hiburan

Terima Kasih Jadi Papa Yang Terbaik Untuk Kami Semua” – Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Bazir Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1:40 pagi Rabu.

Berita sedih itu telah dikongsikan di Instagram akaun milik pelakon itu.

Advertisement

Hero saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 1:40 pagi.

 

Dia tak pernah berputus asa untuk berjuang, tapi jantungnya yang berhenti berdetak.

 

Dia akan selamanya jadi hero dan juara saya.

Pelakon itu menitipkan ucapakan terima kasih buat Allahyarham kerana telah menjadi seorang bapa yang terbaik buatnya dan keluarga.

I love you dan al-Fatihah Papa.

 

Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat buat kami semua. Saya separuh kuat seperti awak dan separuh ayah yang baik seperti awak.

Pelakon itu turut memaklumkan jenazah bapanya akan dibawa pulang ke Pulau Pinang dan akan dikebumikan di sana.

Jenazah sedang dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang.

 

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas waktu solat asar dan akan dikebumikan di Kebun Lama.

mamu keluarkan single
1 month ago

"Sedapnya Suara Mamu, Macam Mat Saleh" - 'Single' Terbaru Sharnaaz Ahmad Dapat Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...