Pada 5 Januari lalu, pasangan merpati dua sejoli, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim telah selamat menimang anak cahaya mata sulung lelaki mereka. Pasangan ini membuat keputusan untuk melahirkan bayi di Australia memandangkan keluarga Zahirah menetap di sana.
Terbaru, Aiman Hakim telah memuat naik ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-26. Apa yang menarik perhatian, gambar yang dimuat naik menunjukkan Zahirah sedang tidur di samping anak. Tidur pun cantik!
View this post on Instagram
Menerusi ucapan tersebut, Aiman meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kerana telah menjadi ibu yang hebat buat anak mereka. Dia juga berterima kasih kerana Zahirah sanggup berkorban masa, tubuh, umur yang muda dan hari jadi untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Katanya, tiada apa yang boleh membayar segala pengorbanan yang telah dibuat.
Di ruangan komen, netizen turut meraikan ulang tahun tersebut dengan meninggalkan ucapan buat pasangan ini. Semoga bayi membesar dengan sihat!