Pelakon kacak, Ashraf Muslim baru-baru ini ada mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua isterinya kerana sering menyokong dan membantunya dalam kehidupan.
Perkara itu dizahirkan Ashraf menerusi satu hantaran Instagram di mana dia dilihat berswafoto dengan isteri pertama dan keduanya.
Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.
Dia dalam pada itu turut berdoa agar Allah sentiasa memberkati hubungan mereka sekeluarga.
Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya kagum dengan cara Ashraf Muslim mengendalikan rumah tangganya.
Ada juga yang sempat meminta tips untuk berpoligami!
Sekadar info, Ashraf bernikah dengan isteri pertama, Noor Diyana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan pergolakan rumah tangga mereka mula menjadi tumpuan difahamkan mengenai isu zuriat.
Setelah 4 tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia 7 tahun.
Ashraf kemudian menikahi isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.