“Terima Kasih Harimau Malaya!”, Skuad Kebangsaan Tumpaskan Sang Garuda

Trending

“Terima Kasih Harimau Malaya!”, Skuad Kebangsaan Tumpaskan Sang Garuda

Perlawanan diantara Malaysia menentang Indonesia semalam antara perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh disifatkan perlawanan menarik yang dimainkan pasukan Malaysia.

Harimau Malaya berjaya menumpaskan pasukan Indonesia dengan 2-0 hasil jaringan Safawi Rashid, pemain yang menjadi tumpuan semalam.

Di sebalik provokasi yang berlaku pada perlawanan antara Malaysia dan Indonesia malam tadi, penyokong skuad negara memaklumkan ia tidak menjejaskan prestasi yang dipamerkan pasukan kebangsaan.

Advertisement

bola sepak
bola malaysia
Rata-rata penyokong cukup berpuas hati dengan permainan semalam walaupun pada minit-minit awal perlawanan berlakunya kecederaan pada pemain. Sebelum Malaysia meledakkan gol pertama, penjaga gol kebangsaan, Khairulazhan Khalid mengalami kecederaan.

Sehinggakan Malaysia terpaksa membuat penukaran penjaga gol ketika perlawanan baru sahaja bermula. Farizal Marlias dibawa masuk untuk menggantikan posisi penjaga gol. Apa-apa pun, Malaysia kekal fokus dan menunjukkan aksi cemerlang hingga tamat perlawanan.

Tahniah, Harimau Malaya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...