Perlawanan diantara Malaysia menentang Indonesia semalam antara perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh disifatkan perlawanan menarik yang dimainkan pasukan Malaysia.
Harimau Malaya berjaya menumpaskan pasukan Indonesia dengan 2-0 hasil jaringan Safawi Rashid, pemain yang menjadi tumpuan semalam.
Di sebalik provokasi yang berlaku pada perlawanan antara Malaysia dan Indonesia malam tadi, penyokong skuad negara memaklumkan ia tidak menjejaskan prestasi yang dipamerkan pasukan kebangsaan.


Sehinggakan Malaysia terpaksa membuat penukaran penjaga gol ketika perlawanan baru sahaja bermula. Farizal Marlias dibawa masuk untuk menggantikan posisi penjaga gol. Apa-apa pun, Malaysia kekal fokus dan menunjukkan aksi cemerlang hingga tamat perlawanan.