“Terima Kasih Hargai Bantuan Pihak ATM” – Hishammuddin Ucap Penghargaan Buat Sharifah Shahirah

Hiburan

“Terima Kasih Hargai Bantuan Pihak ATM” – Hishammuddin Ucap Penghargaan Buat Sharifah Shahirah

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah yang kini bergiat aktif menjalankan misi bantuan mangsa banjir, menzahirkan penghargaan buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut sama gigih membersihkan rumah mangsa banjir di Chegar Medang, Bentong, Pahang.

shieraijoy
3 years ago

Sharifah Shahirah Tidak Peduli Tindakan Instafamous Dan Selebriti Di Media Sosial

Advertisement

Menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya, Shahirah telah memuat naik sebuah video yang memaparkan pasukan tersebut dan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) bersama-sama membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas.

Macam ini lah abang askar turun cuci kan… Terima kasih abang askar. Khidmat masyarakat dari IPD dan ATM Cameron Highland.

Apa yang mengejutkan ramai pihak adalah apabila perkongsian Shahirah tersebut telah mendapat perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menerusi ruangan komen, beliau mengucapkan terima kasih buat Shahirah kerana menghargai ATM selain berjanji bahawa pasukan tersebut akan terus membantu petugas agensi dan sukarelawan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Sharifah Shahirah & ATM

Terima kasih menghargai bantuan dari pihak ATM. InsyaAllah, ATM akan terus bantu sedaya upaya petugas agensi dan sukarelawan dalam melaksanakan kerja pembersihan pasca banjir di Pahang sehingga selesai.

Menjengah komen yang lain juga, rata-rata netizen turut sama menzahirkan penghargaan buat anggota tersebut yang bertungkus lumus mengerah tenaga membantu masyarakat yang memerlukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...