Terima Kasih Eva Air Untuk Penerbangan Awesome Ke Taiwan

Hiburan

Terima Kasih Eva Air Untuk Penerbangan Awesome Ke Taiwan

Penerbangan Abang Nara sekeluarga ke Taiwan hujung tahun lalu ditaja sepenuhnya oleh Eva Air.

Advertisement

Semasa penerbangan ke Taiwan, kami sekeluarga menaiki penerbangan kelas ekonomi. Tempat duduknya cukup luas dan selesa. Anak-anak Abang Nara semua tak meragam, lebih-lebih lagi sebab dibekalkan dengan kertas mewarna oleh pramugari-pramugari comel Eva Air.

yeah satu baris penuh kami sekeluarga je

Arissa sedang melekakan diri mewarna buku

Sepanjang perjalanan Abang Nara melayan movie menerusi skrin “entertainment” yang terpasang siap di dalam kapal terbang Eva Air ini. Banyak pilihan movie yang best-best. Skrin pun besar. Sedap mata memandang. Movie Korea pun ada!!!

memang tak tidur la bila ada benda nie

Buat mereka yang beragama Islam, tak perlu risau bab makanan kerana Eva Air ada menyediakan makanan halal. Anda hanya perlu membuat pilihan “makanan halal” ketika membeli tiket. Sedap pun sedap jugak.

Tengok gambar pun dah tau sedap kan?

anak-anak pun semua makan dengan berselera. Memang kena dengan taste diorang

Akan tetapi pengalaman yang paling tak dapat kami sekeluarga lupakan ialah ketika perjalanan pulang dari Taiwan ke Malaysia. Ini kerana kami telah ditempatkan di kelas business oleh Eva Air. Tercengang diri ini dibuatnya melihat kehebatan dan keselesaan “business class” Eva Air. First time la katakan dapat naik “business class”.

Advertisement

Aariz dan Arissa dah macam duduk kat katil kat rumah. Selesa sangat-sangat

monitor televisyen dia jangan cakaplah. Memang besar tak ingat

Alara masuk-masuk je terus terbaring tidur. Terlebih selesa

Abang Nara sempat rakam video “business class” Eva Air untuk tatapan anda semua. Memang lain macam selesa dan seronok bila naik “business class” ini rupanya. Terlebih teruja.

Paling penting, layanan buat kami sekeluarga tak kira sama ada di dalam kelas ekonomi atau kelas business oleh pramugari-pramugari Eva Air memang tip-top. Semuanya mesra-mesra, baik-baik, suka melayan keletah budak-budak dan suka membantu. Senang cakap, memang orang Taiwan ini semuanya baik-baiklah.

Di kesempatan ini, Abang Nara sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Eva Air kerana telah sudi menaja penerbangan pergi balik kami ke Taiwan. Memang ia adalah satu pengalaman berharga, lebih-lebih lagi kerana dapat menaiki “business class”. Kalau nak beli tiket sendiri, memang sampai ke tua tak dapat naik “business class”. Di masa hadapan kalau Abang Nara ke Taiwan lagi, pasti Abang Nara akan memilih Eva Air sebagai penerbangan ke situ. Maklumat lanjut tentang Eva Air boleh layari www.evaair.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

95 Comments

  1. Anonymous

    March 26, 2018 at 7:22 pm

    Juhu

  2. bawangholland

    March 25, 2018 at 1:45 pm

    nara ni bab dedahkan aib orang..no 1.. ni pamer aib bini sendiri pulak..wakakaka
    kite x kecam pon nara, kite bgth aje..muahahaha

  3. Anonymous

    March 25, 2018 at 10:30 am

    Wehh sama color dengan turban Neelofa pakai tu?

  4. noendingname

    March 25, 2018 at 8:53 am

    berat sgt dh ni…terpengaruh dgn hajjah zouk..

  5. Gorges

    March 24, 2018 at 7:45 pm

    Senyap jer Nara. Out of office ler tu making awesome trip or weekend retreat somewhere. Tak per turban bini pun banyak lagi belum try

Loading...