Setelah sekian lama mendiamkan diri dengan segala dakwaan dari ahli keluarga sendiri yang bertindak menuduhnya pecah amanah, Faizznur telah tampil memberikakan penjelasan yang panjang lebar melalui Facebook, semalam.
Menurut posting beliau di laman facebook, Faizznur menjelaskan bahawa beliau tidak gemar membuka masalah dan konflik keluarga untuk tatapan dan sajian umum.
Namun setelah menerima pelbagai tuduhan dan tohmahan yang semakin melampau dilemparkan terhadapnya, beliau terpaksa tampil memberikan penjelasan dan meminta netizen mendengar dari kedua-dua belah pihak sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Faizznur berkata, kematian abang serta kakak iparnya pada 2 Mei 2015 benar-benar memberikan kesan yang amat mendalam pada mereka sekeluarga. Tambahan beliau merupakan adik yang paling rapat dengan abangnya itu dan semasa hidup, mereka tinggal bersama di rumah ibu mereka.
Jom ikuti kenyataan rasmi beliau..