“Terima Kasih Cik B, Bakal Menantu Papa” – ‘Berkenan’ Dengan Anak Dato Vida, Ramai Terhibur Aliff Syukri Sakat Ammar Ahyan

Trending

“Terima Kasih Cik B, Bakal Menantu Papa” – ‘Berkenan’ Dengan Anak Dato Vida, Ramai Terhibur Aliff Syukri Sakat Ammar Ahyan

Gelagat usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengusik anak sulungnya, Ammar Ahyan ketika membuat siaran langsung sering mendapat perhatian.

Ramai terhibur dengan tindakan Aliff Syukri dan terhibur dengn reaksi Ammar Ahyan apabila diusik bapanya.

Advertisement

aliff syukri cari menantu, bakal isteri untuk ammar
2 days ago

"Siapa Nak Jadi Menantu Saya?" - Rumah, Kereta & Hantaran RM50K Dah Tersedia, Aliff Syukri Cari Isteri Untuk Anak Sulung

Baru-baru ini, Aliff Syukri sempat menyakat anak bujangnya itu dan berkata Ammar Ahyan ‘berkenan’ dengan anak perempuan usahawan Datuk Seri Vida, Cik B.

Menerusi video yang tular di TikTok, Ammar berkata sebelum ini Cik B pernah bertanya beberapa soalan peribadi dan menurut Aliff Syukri tindakan itu seperti menunjukkan Cik B minat dengan anaknya.

Cik B

Usahawan itu kemudian tidak melepaskan peluang dan terus mengusik Ammar dan berkata dia sepatutnya menjawab dengan cara lebih romantik.

Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia selama saya hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B).

Anak terunanya itu kemudian memintas dan belum sempat bapanya menghabiskan ayat dia berkata kata-kata tersebut adalah satu penipuan dan ia adalah sifat yang tidak baik.

Aliff dilihat terus menerus mengusik anaknya dan sengaja mahu ‘bikin panas’ ketika siaran langsung tersebut. Sempat dia berseloroh dan berkata,

Terima kasih Cik B, bakal menantu papa.

@me_media33 😂Lawak-Dato Alif Syukri nak Jodohkan Ammar Ahyan Dengan CikB Part2😂 #malaysia #fyp #gosip #viral #tiktok #terlajaklaris ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ramai netizen suka menonton siaran langsung dua beranak ini apatah lagi melihat gelagat Aliff Syukri yang gemar menyakat Ammar Ahyan. Netizen turut terhibur dengan sikap ‘naive’ Ammar Ahyan ketika diusik oleh bapanya berkali-kali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...