“Terima Kasih Buat Mama, Adik Doakan..” – Hargai Pengorbanan, Anna Jobling Bersuara

Hiburan

“Terima Kasih Buat Mama, Adik Doakan..” – Hargai Pengorbanan, Anna Jobling Bersuara

Boleh dikatakan beberapa hari ini kemelut di antara pelakon, Anna Jobling dan ibu, Ariz menjadi perhatian ramai.

Terbaru melalui Instagram Story aktres tersebut, dia menitipkan kata-kata penghargaan buat ibunya kerana banyak berkorban demi membesarkannya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Dalam pada masa yang sama, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin berharap agar ibu tercinta sentiasa diberkati serta dilindungi oleh Allah SWT.

Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna. Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik.

ig anna jobling

Tambahannya lagi, dia berasa bersyukur dikelilingi dengan orang-orang yang baik dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Sekadar info, Ariz sebelum ini memaklumkan dirinya menerima perintah injuksi, di mana dia tidak dibenarkan untuk mendekat Anna dalam jarak 100 meter, malah mendakwa Anna melayannya seperti anjing kurap selepas berjaya dalam industri seni.

haneesya hanee menangis
2025-08-14 14:53:02

"Korang Semua Tuhan Ke?" - Haneesya Hanee Menangis & Kesal Kisah Di Kelab Malam Kembali Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...