Suami kepada penyanyi popular Adira Suhaimi iaitu Datuk Red yang sedang menjadi bualan ramai kini kembali meraih perhatian apabila diumumkan menjadi model baju raya bagi jenama takstil terkenal, Jakel.
Bersyukur dapat peluang
Melalui perkongsian di TikTok, Datuk Red atau nama penuhnya, Datuk Seri Adnan Abu menyampaikan rasa bersyukur apabila diberi peluang oleh Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel untuk menjadi model pakaian jenamanya.
Dalam pada itu, Datuk Red juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada mereka yang sanggup menolong memudahkan dirinya untuk mencari rezeki lagi-lagi dalam bidang baru seperti menjadi model pakaian.
Bismillah, terima kasih Datuk Faroz kerana beri peluang dan beri job yang tidak di sangka-sangka.
Semoga jakel menjadi jenama Melayu muslim yang kaya dan berjaya.
Tadi sampai-sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semuanya orang kita. Bangga ada orang Melayu macam ni, sangat hebat. Jangan lupa support baju Melayu Jakel.
@dato..red #KongsiBersama ♬ original sound – LaguRaya
Netizen ramai sokong
Bukan itu sahaja, melihat kepada ruangan komen video yang telah meraih lebih sejuta penonton itu, rata-rata merasa kagum dengan Datuk Red yang tidak terlihat kekok dan pandai menyesuaikan diri.
Para netizen turut mendoakan agar lebih banyak jenama dan peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan pada suami Adira ini.
Banyak slot Tok Red ni, ikut turn la ye siapa nak bagi job tu.
Langsung tak nampak awkward. Berbakat jugak Dato ni.
Respect cara Dato bangkit. Nampak ikhlas untuk berubah. Semoga dipermudahkan urusan Dato.
Terdahulu, media sosial digemparkan dengan kenyataan Datuk Red yang mengakui dirinya sudah muflis sejak lima tahun dulu di tambah pula dengan hutang berjuta ringgit yang perlu dilunaskan.