Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil memohon maaf serta mengakui kesilapannya selepas menerima teguran berhubung tindakannya mempromosikan produk mengandungi nikotin di media sosial.
Siti, atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, mengakui terlepas pandang dan tidak menyelidik dengan teliti sebelum berkongsi mengenai produk tersebut.
Maaf atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG (Instagram) feed saya sebelum ni.
Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.
Dalam pada itu, penyanyi itu mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan dan memaklumkan sudah memadam hantaran tersebut.
Terima kasih atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan ini kepada saya.
Saya sudah memadam hantaran tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan.
Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin yang dipercayai merupakan perniagaan yang dijalankan oleh anak tirinya iaitu Aazief Khalid.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menegur tindakan penyanyi berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.