“Terima Kasih Anakku Sayang…” Siti Aafiyah Buat Kejutan Kek Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-14 Datuk Siti Nurhaliza Dan Suami

Hiburan

“Terima Kasih Anakku Sayang…” Siti Aafiyah Buat Kejutan Kek Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-14 Datuk Siti Nurhaliza Dan Suami

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah menyambunt ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 tahun bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Advertisement

Yang menjadikan ulang tahun itu lebih bermakna, anak kesayangan Datuk Siti dan suami, Siti Aafiyah telah membuat kek istimewa sempena majlis itu.

Khabarnya, Siti Aafiyah telah dibantu oleh pengasuhnya untuk mendekorasi kek itu sendiri sebagai kejutan istimewa kepada pasangan terkenal ini.

Datuk Siti yang levih mesra disapa sebagai Tokti telah memuat naik video memaparkan Siti Aafiyah yang sedang sibuk menghias kek di laman instagram miliknya.

“Alhamdulliah..syukur. Terima kasih anakku sayang buatkan kek anniversary ayah dan ibu. Aafiyah penyeri dan anugerah sangat bernilai bagi kami. Alhamdullilah 14 tahun yang indah. Semoga sampai ke Jannah. Aamin ya rabb..”

Peminat serta pengikut instagram Tokti rata -rata terhibur dengan gelagat Siti Aafiyah yang petah bercakap dan tidak kurang juga yang tampil mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-14.

View this post on Instagram

Aafiyah tetap!! ?

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 Mengimbas kembali, Tokti dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 yang lalu dan telah menimang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini menghampiri umur 3 tahun setelah hampir 12 tahun menanti kehadiran bayi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...