Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terima Kasih Allah Atas Ujian Ini – Aliff Aziz

Selepas dihimpit kontroversi hangat berkaitan tatu dan juga dirinya yang kelihatan murung, tidak terurus serta bertengkar di telefon, penyanyi Aliff Aziz menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan daripada Allah SWT.

Advertisement

Menerusi luahan hati di akaun Instagramnya, Aliff berkata berharap setiap dugaan yang beliau lalui sekarang akan membuatkannya lebih tabah dan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi itu, rata-rata netizen nampaknya mula memberikan kata-kata semangat agar Aliff bersabar dan tidak mudah mengalah. Mereka mendoakan yang baik-baik sahaja buatnya.

Terdahulu, viral foto Aliff dengan ukiran tatu di bahagian belakang badannya termasuk di dada dengan ukiran nama bekas isterinya Bella Astillah. Bagaimanapun, ukiran tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan inai hitam.

Bella juga turut tampil memberikan penjelasan bahawa Aliff dianiaya oleh seorang rakan yang baru dikenalinya. Sedih dengan kontroversi yang menimpa bekas suaminya itu, Bella berharap netizen memberikan Aliff ruang untuk bertenang kerana dia sedang kemurungan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 Comments

  1. Man

    June 25, 2019 at 12:06 pm

    Ade jugok org sokong dia ni, pelik sungguh dunia la ni…Pujaan hatilh katekn…x de pgangn agma, kaki disko, curi duit, curang, x matang, dn etc…tu jugok yg disanjung..jnis yg x phm akidah..udah2 ler tu…yg dia dpt tu bkn ujian tpi musibah dn blasan…ALLAH tegur dia…moga dia insaf…

  2. Anonymous

    June 25, 2019 at 10:12 am

    badan sado otak besar kuman je..

  3. Anonymous

    June 24, 2019 at 10:55 pm

    Attention seeker.. grow up, bitchh!

  4. Anonymous

    June 24, 2019 at 10:52 pm

    Gambar x menggambarkan Islamik pun! Sah2 propa!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top