Selepas dihimpit kontroversi hangat berkaitan tatu dan juga dirinya yang kelihatan murung, tidak terurus serta bertengkar di telefon, penyanyi Aliff Aziz menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan daripada Allah SWT.
Menerusi luahan hati di akaun Instagramnya, Aliff berkata berharap setiap dugaan yang beliau lalui sekarang akan membuatkannya lebih tabah dan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi itu, rata-rata netizen nampaknya mula memberikan kata-kata semangat agar Aliff bersabar dan tidak mudah mengalah. Mereka mendoakan yang baik-baik sahaja buatnya.
Terdahulu, viral foto Aliff dengan ukiran tatu di bahagian belakang badannya termasuk di dada dengan ukiran nama bekas isterinya Bella Astillah. Bagaimanapun, ukiran tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan inai hitam.
Bella juga turut tampil memberikan penjelasan bahawa Aliff dianiaya oleh seorang rakan yang baru dikenalinya. Sedih dengan kontroversi yang menimpa bekas suaminya itu, Bella berharap netizen memberikan Aliff ruang untuk bertenang kerana dia sedang kemurungan.