Tidak pernah mendapat bunga daripada mana-mana lelaki sebelum ini, pelakon Izreen Azminda nampaknya tidak dapat menahan perasaan teruja apabila suami tercinta, Ude Wahid membuat kejutan dengan menghadiakan beliau jambangan bunga ros baru-baru ini.
Izreen menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto bunga tersebut dan tidak pernah menyangka suaminya itu seorang yang sangat romantik.
Meskipun selalu berkongsi saat bahagia beliau bersama Ude, Izreen bagaimanapun sehingga hari ini masih belum membuka ruangan komen di Instagram. Mungkin sudah serik dikecam.
Amboi Izreen, sejak kebelakangan ini memang sudah terbuka dan tidak segan lagi meluahkan rasa cinta dan menayang kebahagiaan bersama Ude. Semoga rumah tangga yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Mid
June 7, 2018 at 9:44 pm
Teruja Suami Sangat Romantik : Izreen Azminda Terima Jambangan Bunga Ros
Saja ubah skit tajuk ikut sedap sendiri haha
Blog – http:zackportfolio.com
John Greene
May 20, 2018 at 4:47 pm
PM bunga haha. Syok dapat bunga. Dapat bunga merah..
Maya
May 4, 2018 at 11:10 am
copy paste message dari website mana tuu Bang
Kahx100000