October 25th, 2018

Penyanyi terkenal dari Indonesia, semalam telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)sewaktu berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.

Ini sekaligus memberi gelaran Datuk Seri kepada penyanyi it atau nama sebenarnya, Rosa Roslaina Handiyani.


Rossa yang berusia 40 tahun mengatakan ia antara anugerah terindah pernah diterimanya kepada Harian Metro:

Mungkin 2018 adalah tahun bertuah saya, bulan lalu saya menerima Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik (APM2018) dan pingat ini adalah hadiah hari lahir terbaik serta satu penghargaan yang tidak terhingga sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Penganugerahan ini juga memberi saya tanggungjawab yang lebih besar dalam memartabatkan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain.

Berikut ialah gambar-gambar lain Rossa di majlis itu. Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tahniah diucapkan. – beautifulnara.com


68 responses to “Terima Darjah Kebesaran Pahang, Penyanyi Rossa Kini Bergelar Datuk Seri”

  1. Anonymous says:

    HAIRAN SANGAT CUBA LAH PINGAT TU BAGI KAT ORG SENDIRI PENYANYI MALAYSIA SENDIRI SEDANGKAN PENYANYI MALAYSIA RAMAI DA LAMA DALAM INDUSTRI-NI PINGAT BAGI KAT PENYANYI INDON BILA JASA MEREKA NI ADA KAT MALAYSIA ?????.SHOULD APPRECIATE PENYANYI MALAYSIA DI DAHULUKAN.

  2. kk says:

    Dato seri rossa boleh jd pm nih

  3. Naza says:

    Ade tak artis kita yg dpt apa2 pangkat di indonesia?? Nak tanye je….

  4. Anonymous says:

    kenapa crosa…?….kenapa inda shila hamzah sadangkn shila hamzah adalah panyanyi yng mengharumkn negara………?

  5. unknown says:

    y ak nampak cam ayda jebat ehh

Loading...