Penyanyi terkenal dari Indonesia, semalam telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)sewaktu berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.
Ini sekaligus memberi gelaran Datuk Seri kepada penyanyi it atau nama sebenarnya, Rosa Roslaina Handiyani.
Rossa yang berusia 40 tahun mengatakan ia antara anugerah terindah pernah diterimanya kepada Harian Metro:
Mungkin 2018 adalah tahun bertuah saya, bulan lalu saya menerima Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik (APM2018) dan pingat ini adalah hadiah hari lahir terbaik serta satu penghargaan yang tidak terhingga sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam industri seni.
Penganugerahan ini juga memberi saya tanggungjawab yang lebih besar dalam memartabatkan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain.
Berikut ialah gambar-gambar lain Rossa di majlis itu. Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Tahniah diucapkan. – beautifulnara.com