Sebagai pembeli, semestinya kita mengharapkan servis yang baik untuk keseronokan membeli-belah atas talian kan. Tidak kira dari sudut pembeli, penjual atau syarikat kurier, masing-masing mestilah bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing.
Namun lain pula ceritanya apabila tular di media sosial baru-baru ini mengenai isu bungkusan susu berjenama yang hancur sebaik sahaja diterima pembeli.
Video yang tersebar secara meluas di Twitter itu memaparkan tindakan pembeli yang marah kerana bungkusannya hancur. Malah dia mengaitkan kesilapan tersebut dengan isu pengurangan komisyen kakitangan J&T.
Serious la j&t? Disebabkan isu komisen staff habis barang customer. Siapa guna j&t kalau barang tak sampai lagi baik korang pergi check.
Source: Aie spin pic.twitter.com/pfpvhXl0YD
— ??? ? (@iamajayrahman) January 26, 2021
Bukan itu sahaja, malah kotak susu di dalam bungkusan itu sudah pun kembung dan bocor. Stres!
Pun begitu, rata-rata netizen sebaliknya mengkritik tindakan pembeli yang meletakkan kesalahan ke atas syarikat kurier, sedangkan penjual tersebut yang sepatutnya disalahkan. Ada juga yang menegur cara si penjual membungkus minuman tersebut.
Tambahan pula, tiada pelekat ‘fragile’ yang ditampal sebagai amaran kepada kakitangan kurier itu.
“Salah kan seller ini, mana ada makanan atau minuman bungkusan macam itu. Sepatutnya letak dalam kotak.”
Nampaknya perdebatan ini menjadi bualan hangat warga Twitter dan ramai yang emosi dengan aduan pembeli tersebut.
Malah pelakon popular, Zoey Rahman turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan servis J&T yang baginya sangat memuaskan.
Walaupun video asal sudah dipadam, ‘posting’ yang dikongsi di platform Twitter ini mendapat kecaman yang hebat ya. Diharap isu ini menjadi pengajaran buat netizen agar tidak terus menunding jari.