Terima Bungkusan Berisi 7 Gram Ganj*, Rita Sosilawati Beri Amaran – “Saya Doakan Dia Tidak Tenang, Aman Dunia Akhirat”

Kehidupan

Terima Bungkusan Berisi 7 Gram Ganj*, Rita Sosilawati Beri Amaran – “Saya Doakan Dia Tidak Tenang, Aman Dunia Akhirat”

Anak kepada jutawan kosmetik terkenal, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, mendakwa dirinya dan keluarga menjadi mangsa aniaya selepas menerima satu bungkusan mengandungi ganja yang dihantar oleh individu tidak dikenali ke rumah mereka.

Perkara itu didedahkan oleh anak sulung arwah, Erni Dekritawati Yuliana atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, yang memaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku apabila adiknya menerima satu bungkusan mencurigakan.

Advertisement

rita sosilawati terima parcel ganja

Scam terbaru, alamat rumah pun dah tak selamat. Semalam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) datang rumah adik.

Mereka kesan parcel alamat rumah yang (dihantar) dari Thailand mengandungi ganja seberat 7 gram.

Tambahnya lagi, meskipun bungkusan itu sampai ke alamat kediaman adiknya, nama penerima yang tertera langsung tidak dikenali oleh sesiapa dalam keluarga mereka.

Ekoran kejadian itu, laporan polis telah dibuat bagi melindungi keselamatan ahli keluarga dan menyiasat pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Siapa yang menganiaya keluarga saya, memang saya doakan dia tak akan tenang dan selamat dunia akhirat,” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

soo winci 3 remaja
2025-08-07 09:38:48

"Memang Tak Ada Otak, Mereka Fikir Orang Cina Tak Akan Kecam?" - Soo Wincci

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...