Melalui laporan Harian Metro, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) akan memantau kawasan perkuburan anam keluarga yang maut dalam nahas di Sungai Korok bagi mengelakkan sebarang aktiviti khurafat berlaku.
Menurut pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin, pemantuan tersebut dilakukan susulan pihaknya menerima aduan bahawa ada aktiviti mencurigakan berlaku di lokasi perkuburan tersebut.
Kita sudah menggerakkan anggota untuk memantau kawasan perkuburan, setakat ini kita belum memasang tali di tanah perkuburan enam beranak itu.
Dalam pada itu, JHEAIK turut berharap agar masyarakat serta pihak masjid menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan penting untuk membanteras aktiviti khurafat sedemikian berlaku di kawasan perkuburan.
Sekadar info, pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat orang anak mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas dan tenggelam di terusan Sungai Korok, awal pagi Sabtu lalu.