Terima 10 Juta ‘Subscribers’ Di YouTube, Les’ Copaque Terima Diamond Play Button

Trending

Terima 10 Juta ‘Subscribers’ Di YouTube, Les’ Copaque Terima Diamond Play Button

Walaupun dihimpit kontroversi pada beberapa minggu lalu, Les’ Copaque semakin maju ke hadapan apabila kini mencapai 10 juta subscribers di saluran YouTube rasmi mereka. Syarikat animasi tempatan itu juga muncul sebagai saluran YouTube Malaysia yang pertama menerima Diamond Play Button.

Bagi meraikan kejayaan mencapai 10 juta subscribers itu, Les’ Copaque telah mengadakan ‘live streaming’ untuk sama-sama melakukan countdown bersama pengikutnya. Sesi tersebut nyata memberikan keterujaan kepada penonton yang turut sama-sama menunggu sehingga ianya meraih 10 juta pengikut.

Advertisement

Menerusi pengumuman di Facebook, Les’ Copaque turut mengucapkan terima kasih kepada penonton setia mereka yang sentiasa memberikan sokongan sejak hari pertama lagi. Untuk makluman, syarikat animasi tempatan ini mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan semakin mendapat pengiktirafan membanggakan hingga di peringkat global.

Antara pencapaian membanggakan Les’ Copaque antaranya adalah apabila filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya dicalonkan dalam anugerah Oscar pada tahun lalu. Selain itu, filem tersebut turut menerima anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa di Kanada.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...