Terhincut-Hincut Berjalan, Zizan Razak Tetap Teruskan Penggambaran Filem Aksi, Baik Punya Ahlong

Hiburan

Terhincut-Hincut Berjalan, Zizan Razak Tetap Teruskan Penggambaran Filem Aksi, Baik Punya Ahlong

Pelakon, pelawak dan juga penyanyi, Zizan Razak dilaporkan telah mengalami kecederaan kaki ketika menjalankan penggambaran untuk filem aksi terbarunya yang bertajuk Baik Punya Ahlong.

Dia yang ditemui media memberitahu sudah menerima rawatan susulan namun rasa sakit dan sengal itu masih ada.

Advertisement

Mengakui dirinya terpaksa berjalan dalam keadaan terhincut-hincut, namun dia tetap ingin meneruskan penggambaran aksi filem berkenaan demi kepuasan penonton di luar sana.

“Semalam masa tengah scene bergaduh tiba-tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca. Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap ja hilang rasa sakit. Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengorbanan pelakon filem aksi.”

Zizan yang berkongsi perkembangan serta beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set turut berkata akan berjumpa pakar jika keadaan sakit itu berterusan.

View this post on Instagram

Mari tolong Zizan pikirkan siapa yang ada dalam mask tuuuuu. Omg. Migraine..!!!! #themaskedsingermalaysia

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Dalam perkembangan lain, Zizan juga kini merupakan seorang juri tetap di program terbaru terbitan Astro, iaitu The Masked Singer Malaysia bersama rakan artis lain seperti Ella, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...