Terhidu Bau Gas Dan Hidupkan Lampu? Punca Sebenar Letupan Kuat Daripada Bom!

Kehidupan

Terhidu Bau Gas Dan Hidupkan Lampu? Punca Sebenar Letupan Kuat Daripada Bom!

Sejak dahulu lagi kita semua tahu kejadian letupan gas kerap kali berlaku sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa akibat ledakan tong gas.

Tetapi sehingga sekarang kita semua tidak mengetahui punca sebenar letupan tong gas.

Menurut pengguna Facebook, terdapat satu kejadian gas meletup dengan teruk selepas menghidupkan lampu di dapur.

Advertisement

Pada hari kejadian, lelaki ini pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan di sebuah restoran. Beliau terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.

Ini menyebabkan beliau ke dapur untuk mencari bau kebocoran gas yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu dahulu, tetapi lain jadinya apabila gas meletup dengan tiba-tiba.

Dalam kejadian ini, lelaki tersebut mati serta merta di tempat kejadian dan isterinya pula dimasukkan ke ICU.

Selepas kejadian, perabot rumah mereka dilihat tercampak 200 meter dari rumah. Ini bermakna letupan paip gas ini lebih kuat daripada bom.

Perabot tercampak keluar rumah

Untuk anda semua, antara pengajaran yang boleh diambil dalam kes ini:

  1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
  2. Ingat! jangan buka peti sejuk jika anda terhidu bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan. Lagi satu, jangan hidupkan kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Anda hanya perlu membuka tingkap dan juga pintu untuk membiarkan udara masuk.

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk keselamatan anda semua.

Ingat, jaga keselamatan diri anda dan keluarga!

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...