Terharunya, Pelanggan Turun Padang Bantu Pekerja ‘Waffle House’ Sediakan Pesanan

Kehidupan

Terharunya, Pelanggan Turun Padang Bantu Pekerja ‘Waffle House’ Sediakan Pesanan

Kebiasaanya kedai makan akan dikunjungi oleh pelanggan pada waktu kemuncak. Pada waktu inilah, kesabaran para pekerja diuji dengan pelbagai kerenah manusia.

Selalunya para perkerja akan bertugas dengan pantas agar semua pelanggan menerima pesanan mereka dengar segera.

Advertisement

Tetapi lain jadinya apabila sebuah Waffle House di Birmingham, Alabama ini tidak cukup pekerja pada hari itu.

Ini menyebabkan para pelangganya turun padang membantu operasi kedai waffle ini. Kejadian ini terjadi apabila seorang sahaja pekerja ditugaskan untuk melayan semua pelanggan pada waktu kemuncak.

Pada mulanya kelihatan seorang lelaki melihat kesusahan pekerja ini yang bertugas berseorangan menguruskan banyak pesanan.

pekerja lelaki

Lalu beliau nekad untuk membantu di bahagian dapur. Bukan itu sahaja, kelihatan beberapa pelanggan lain juga sedang membasuh pinggan dan membersihkan meja di kedai waffle ini.
pelanggan lain membantu

Menurut Direktor syarikat ini, beliau sangat menghargai usaha pelanggan pada hari itu kerana sanggup meringankan beban pekerja itu.
hargai pelanggan yang membantu

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi mampu bersatu menyelesaikan tugasan bersama-sama.

Mulianya hati para pelanggan di kedai ini, sanggup menolong pekerja yang dalam kesusahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...