Kebiasaanya kedai makan akan dikunjungi oleh pelanggan pada waktu kemuncak. Pada waktu inilah, kesabaran para pekerja diuji dengan pelbagai kerenah manusia.
Selalunya para perkerja akan bertugas dengan pantas agar semua pelanggan menerima pesanan mereka dengar segera.
Tetapi lain jadinya apabila sebuah Waffle House di Birmingham, Alabama ini tidak cukup pekerja pada hari itu.
Ini menyebabkan para pelangganya turun padang membantu operasi kedai waffle ini. Kejadian ini terjadi apabila seorang sahaja pekerja ditugaskan untuk melayan semua pelanggan pada waktu kemuncak.
Pada mulanya kelihatan seorang lelaki melihat kesusahan pekerja ini yang bertugas berseorangan menguruskan banyak pesanan.
Lalu beliau nekad untuk membantu di bahagian dapur. Bukan itu sahaja, kelihatan beberapa pelanggan lain juga sedang membasuh pinggan dan membersihkan meja di kedai waffle ini.
Menurut Direktor syarikat ini, beliau sangat menghargai usaha pelanggan pada hari itu kerana sanggup meringankan beban pekerja itu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi mampu bersatu menyelesaikan tugasan bersama-sama.
Mulianya hati para pelanggan di kedai ini, sanggup menolong pekerja yang dalam kesusahan.