TERHAD: Siap Dapat Cashback RM200? Ini Kenapa Kena Shopping Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

Branded

TERHAD: Siap Dapat Cashback RM200? Ini Kenapa Kena Shopping Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

Siapa je tak teringin memiliki barangan berjenama kan? Dengan kualiti tinggi, pakai sampai bertahun pun tak ada masalah. Tapi tak semua mampu melabur ribuan Ringgit untuk barangan sebegitu. Tapi sekarang, barangan berjenama kini lebih mampu milik, mujur ada outlet macam Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Barangan yang sama, asli dan paling penting harga berpatutan.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ini merupakan pusat beli-belah dengan outlet fesyen berjenama dari Jepun yang pertama di Asia Tenggara. Selain fesyen, terdapat juga outlet makanan & minuman, kecantikan, jenama mewah, sukan dan sebagainya. Senang cerita di sini, kita boleh dapatkan barangan dengan harga factory outlet.

Tahu tak, ada 5 jenama mewah yang baru telah dan akan dibuka di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang  Oktober ini? Bank akaun dah sedia ke belum tu?

Victoria's Secret Boutique

Victoria's Secret body mist

Antaranya adalah Victoria’s Secret yang telah dibuka pada 1 Oktober lalu menawarkan diskaun sehingga 85% sebagai promosi pembukaannya. Dari pakaian dalam, sehinggalah body mist yang menjadi kegemaran golongan wanita, semuanya ada harga istimewa.

Michael Kors Boutique Mitsui Outlet Park

Michael Kors promo at Mitsui Outlet Park

Jenama fesyen  Michael Kors baru buka di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pada 6 Oktober 2021 lalu. Apa yang menarik, sempena pembukaannya, butik Michael Kors menawarkan diskaun sehingga 80% tau. Bukan biasa-biasa potongan harga tu!

Godiva Boutique Mitsui Outlet Park

Bagi sesiapa yang amat minat coklat, butik Godiva pula akan mula mengalu-alukan kedatangan pengunjung pada 8 Oktober 2021. Jenama kasut dan beg terkemuka, Steve Madden pula dijangka beroperasi bermula pertengahan Oktober ini. Makin meriahlah Mitsui Outlet Park KLIA Sepang selepas ni, semua jenama pun ada.

Kate Spade New York Logo

Bagi golongan Hawa, jangan tak tahu, Kate Spade New York outlet  pula membuka pintu untuk korang shopping akan bermula 22 Oktober 2021 ini. Boleh siap sedia dari sekarang buat research apa yang nak didapatkan di sana nanti.

Cashback sehingga RM200

Mitsui Outlet Park Cashback Voucher

Dari 1 hingga 19 Oktober 2021, bila dah berbelanja di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang tu, korang juga boleh dapatkan cashback sehingga RM200* untuk outlet jenama terlibat sahaja. Pembelian minimum sebanyak RM1,000 kombinasi maksimum 2 resit di outlets terlibat dan bukti resit diperlukan sebelum menuntut Cash Voucher ini.

RM200 cashback voucher Mitsui Outlet Park

Dah shopping, siap dapat Cash Voucher boleh sambung shopping lagi, mana nak dapat? *Tertakluk terma dan syarat. Sah untuk 500 pelanggan pertama setiap hari.

Apa lagi yang ada di Mitsui Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ?

Coach Boutique Mitsui Outlet Park

Tommy Hillfiger Mitsui Outlet Park

Mestilah banyak lagi outlet yang ada guys! Dari Coach, Versace, Polo Ralph Lauren, Bally, Hugo Boss, Outlet by Club 21 hinggalah Tommy Hilfiger. Bukan tu je, ada juga Calvin Klein Jeans, Cole Hann, Aigner, Furla, Brooks Brothers, Hour Passion, Ermenegildo Zegna, Hackett London,  Sacoor Outlet & Swarovski untuk korang berbelanja di sana. Semua jenama ini boleh dapatkan Cash Voucher tau.

Sale sehingga 30% di Nike

Mitsui Outlet Park Nike Sale

Untuk kaki sukan, barangan sukan jenama Adidas, PUMA, Under Armour dan Nike menjadi tumpuan. Untuk peminat Nike, ada Nike Storewide Sale dengan potongan harga sehingga 30% storewide sehingga 13 Oktober 2021 di Nike Factory Store, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. 

Jangan lupa datang awal kalau mahu ke outlet jenama sukan ni, ramai peminat sukan ke sini juga tau. Store dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Bagi golongan isteri dan ibu-ibu, atau suami yang nak ambil hati pasangan boleh dapatkan set barangan dapur seperti jenama Le Creuset, Zwilling JA. Henckels & Tefal, confirm senyum sampai ke telinga.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati website mereka DI SINI. Jangan lupa follow Facebook Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk update promosi terkini. Apa lagi, jom shopping di sana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...