“Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula” – Lana Nodin Bidas Kecaman Netizen Bagi Duit Raya Ikut Trend ‘Penguin Dance’

Hiburan

“Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula” – Lana Nodin Bidas Kecaman Netizen Bagi Duit Raya Ikut Trend ‘Penguin Dance’

Dikritik kerana memberikan duit raya sambil mengikut trend Penguin Dance, pelakon Lana Nodin tampil mempertahankan diri terhadap tuduhan bahawa tarian tersebut berkait dengan upacara keagamaan tertentu.

Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 45, menyatakan bahawa ada pihak yang enggan menerima penjelasan lengkap berserta fakta, malah lebih suka memutar belit kenyataan.

Advertisement

Bila aku dah jawab Penguin Dance bukan budaya mereka ‘dan-dan’ je kalian twist balik kata ‘oh, bukan budaya Melayu’.

Habis yang terkinja-kinja selama ini dalam media sosial, tergedik dengan jantan belum kahwin tak ada pula kau kata bukan budaya Melayu atau budaya Islam?

Lepas ni siapa buat Chicken Dance pun haramkan bukan adab orang Melayu. Lupa nak bagi tahu, poco-poco pun sama juga pergerakan dia. Tak pula kata salib.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Evolusi KL Drift: The Series itu turut menegur pihak yang mempertikaikan cara beliau meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarganya.

Hak pemikiran masing-masing. Raya aku, suka aku lah nak sambut macam mana. Macam kau bagi duit raya kat anak-anak buah aku. Ke kau cemburu tengok kami sekeluarga bahagia.

Trend Penguin Dance mula menjadi tular di Malaysia dan Indonesia sejak awal Syawal apabila ramai memuat naik video menerima duit raya sambil menari mengikut rentak lagu yang rancak.

Ada pihak mendakwa gaya tarian itu menyerupai pergerakan dalam ritual Bar Mitzvah, iaitu sambutan kedewasaan bagi remaja lelaki Yahudi yang berumur 13 tahun.

Namun, terdapat juga penjelasan lain yang menyatakan bahawa tarian tersebut berasal dari rantau Balkan dan telah wujud sekian lama tanpa sebarang kaitan dengan upacara agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

liyana jasmay kesal ikut trend tiktok tanpa selidik
3 days ago

Liyana Jasmay Rasa Diri 'Low' Selepas Ikut Trend Tanpa Selidik, Padam Video Joget Beri Duit Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...