Terganggu Dengan Bunyi Bising Dibuat Oleh Murid, 3 Lelaki Mengamuk Depan Tadika

Berita

Terganggu Dengan Bunyi Bising Dibuat Oleh Murid, 3 Lelaki Mengamuk Depan Tadika

Tular sebuah video di media sosial Facebook yang memaparkan tiga lelaki sedang mengamuk di hadapan sebuah tadika kerana terganggu dengan bunyi bising yang dibuat oleh 76 murid disitu.

Difahamkan melalui laporan Sinar Harian, kejadian lelaki-lelaki yang mengamuk tersebut berlaku di sebuah tadika di Bandar Sri Sendayan pada Selasa.

Advertisement

Akibat telah tular di media sosial, ramai pengguna yang meninggalkan pelbagai reaksi serta ada juga yang mahu agar pihak polis membuat tindakan dengan segera.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata pihak polis telah memanggil ketiga-tiga suspek bagi siasatan lanjut selepas pengusaha tadika itu membuat laporan pada hari berkenaan.

Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit, mereka bersetuju untuk tak panjangkan perkara ini.

Oleh kerana itu, pihak polis berharap agar perkara tersebut tidak diperbesarkan lagi dan menasihati penduduk dikawasan berkenaan untuk kekal bertenang kerana semuanya dalam keadaan terkawal.

Menerusi keterangan pada video terbabit, dinyatakan tiga lelaki telah mengamuk di tadika tersebut sehingga menimbulkan ketakutan pada guru dan murid-murid.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Suami pecah cermin kereta
2 years ago

Netizen Naik Geram Berikutan Tular Video Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Depan Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...