Adik ipar kepada pempengaruh dan usahawan terkenal Prince Syed, iaitu Muhd Ikhwan Alif Ishak, tampil meluahkan rasa terkilan selepas dia bersama ibu, bapa dan abangnya ditahan polis berhubung kes perselisihan faham keluarga yang kini tular di media sosial.
Menurut Muhd Ikhwan, tindakan abangnya itu dianggap keterlaluan apabila ibu dan bapa mereka turut dimasukkan ke lokap.

Apa yang dia (abang ipar) buat sangat melampau sampai emak menangis. Patutnya cukup buat laporan terhadap saya dengan abang saja tapi tergamak dia buat sampai letak emak dengan abah dalam lokap.
@prince.syed.shahid Terima kasih yang tuduh saya , terima kasih yang fitnah saya , terima kasih yang burukkan saya, Terima kasih yang aniaya saya , Terima kasih yang mereka reka cerita pasal saya , Terima kasih tutup pintu rezeki dan perniagaan yang saya bina untuk cari rezeki halal , Demi Allah , takkan saya maafkan dunia akhirat buat semua yang turuh saya macam2 , Demi Allah hati saya hancur , Demi Allah saya takkan ampun dan maafkan dunia akhirat dengan lontaran kata2 yang sangat menyakitkan , saya sepatutnya niaga LAKSA VIRAL di Melaka tapi organizer sampai mesej minta sy tarik diri kerana khawatir terkesan kepada semua peniaga lain
? original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture
Kesemua mereka telah dibebaskan dari lokap IPD Klang Selatan kira-kira jam 7 malam semalam.
Muhd Ikhwan menjelaskan insiden tular berlaku akibat emosi tidak terkawal selepas ibu mereka tidak dibenarkan melawat kakaknya, Fatin Syazwani, yang dirawat di hospital. Katanya, hubungan mereka dengan Prince Syed sebelum ini baik, namun mula renggang sejak timbul isu pembedahan bariatrik melibatkan kakaknya.
Sebelum ini, saya sangat sayang dan sanjung dia… bukan semua tentang dia buruk sebab ada juga kebaikannya.
Tapi apa yang dia buat terhadap kakak buat saya geram. Benda boleh bincang, tapi dia pilih melarikan diri sampai kami tak dapat jumpa kakak.
Muhd Ikhwan turut menegaskan mereka tidak pernah memusuhi Prince Syed, sebaliknya hanya mahu penjelasan dan peluang untuk ibu mereka bertemu dengan Fatin.
Keluarga Fatin Ditahan Reman, Prince Syed Dakwa Dirinya Diserang, Cermin Kereta Dipecahkan
Beliau turut berpesan kepada kakaknya agar menyedari pengorbanan keluarga, yang sanggup melalui tahanan demi mahu berjumpa dengannya.
Untuk kakak, saya nak dia sedar yang kami dah berkorban untuknya sampai emak dan abah masuk lokap. Takkan dia tak nampak lagi?
Kisah keluarga ini terus menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa video dan kenyataan berkaitan konflik antara Prince Syed dan keluarga isterinya, yang dikaitkan dengan isu pembedahan bariatrik Fatin Syazwani.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
