Tergamak Maki Isteri Dengan Panggilan “P*KI” Kerana Enggan Tunai Permintaan Beri RM50.

Trending

Tergamak Maki Isteri Dengan Panggilan “P*KI” Kerana Enggan Tunai Permintaan Beri RM50.

SAYA cuma nak minta pendapat, apa yang saya harus lakukan jika suami saya selalu memaki hamun saya walaupun itu masalah itu bukan berpunca dari saya.

Advertisement

Dan saya nak tanya, apakah hukum suami selalu meminta duit isteri dan apakah hukum jika semua keperluan dan bil-bil rumahtangga isteri yang kena bayar setiap bulan.

Sedangkan duit suami tidak pernah diusik langsung dari awal bulan hingga ke hujung bulan. Tetapi dia sentiasa merungut duitnya sendiri tidak cukup.

Kalau ikutkan hati saya, mahu saja meninggalkan semua ini.

Tetapi bila difikirkan tentang anak, rasa tak sampai hati nak melihat dia membesar tanpa seorang bapa walaupun hakikatnya bapa dia banyak membebankan kami.

Sudah hampir tiga tahun saya berhatan. Ini antara WhatsApp yang dia hantar pada saya sebentar tadi sebelum dia block saya.

Namun bagi ibu tunggal, Cik Yana, confessor berkenaan tidak sepatutnya menggunakan alasan anak untuk bertahan dan membiarkan dirinya diperlakukan seperti itu selama tiga tahun.

Saya ibu tunggal. Walaupun bekas suami tidak seteruk suami awak, dua tahun saja saya mampu bertahan. Jadi saya berkahwin hanya dua tahun sahaja sebab semua terhalang oleh bekas suami dan paling penting, saya tidak bahagia.

“Tetapi berpisah bukan sebab kita tak fikirkan anak. Sebab fikirkan anaklah saya perlu ke hadapan. Biarlah bila anak sudah dewasa kelak, dia sendiri yang akan menilai bapanya macam mana.

“Sekarang tak perlu kita cakap kasihan anak yang masih perlukan bapa. Sedangkan belum berpisah pun dia memang sudah tidak pedulikan anak. Better move on. Perempuan perlu move on untuk fokus masa depan anak,” tulisnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...