Pelakon jelita, Rozita Che Wan sering mencuri perhatian dengan hantaran dimuat naiknya kerana ramai gemar mendengarnya berceloteh dalam bahasa utara.
Baru-baru ini, isteri kepada Zain Saidin itu membuatkan ramai terhibur selepas dia dilihat membebel apabila wajahnya disamakan dengan dua individu lain.
Tergamak samakan macam DSV
Menerusi video itu, Che Ta memberi respon selepas ada yang meninggalkan komen mengatakan rupa parasnya sama seperti usahawan Dato Seri Vida dan Sajat.
Amboiiii, tengok video kami (saya) tak mekap tergamak kata muka kami macam Dato Vida.
Kata Che Ta, banyak kategori yang sudah tentunya tiada persamaan seperti umur, tinggi dan berat selain features di wajahnya juga tidak sama seperti dua usahawan terbabit.
Tang mana hampa kata sama?
Che Ta turut bertanya kepada pengikutnya yang memberikan komen itu untuk memberitahunya bahagian manakah yang disamakan dengan Sajat dan Dato Seri Vida itu.
Tang mana yang hampa kata sama sangat tu. Kami nak hampa komen tang mana muka kami sama.
Bebelan Che Ta itu membuatkan ramai yang terhibur malah ada yang berkata wajahnya dengan DSV sangat jauh beza tetapi mungkin ada sedikit iras seperti Sajat.