“Tergamak Bapa Mereka Penjarakan Ibu Mereka” – Kes Emilia Hanafi Dipenjara Jadi Bualan Netizen, Ramai Berpihak Padanya

Trending

“Tergamak Bapa Mereka Penjarakan Ibu Mereka” – Kes Emilia Hanafi Dipenjara Jadi Bualan Netizen, Ramai Berpihak Padanya

Baru-baru ini, berita tentang bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin Kamal yang dipenjarakan mendapat perhatian ramai.

Emilia Hanafi, 43, dilaporkan telah menyerah diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk dipenjarakan selama tujuh hari.

Advertisement

Atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah tentang tarikh lawatan tiga anaknya, Emilia kini sedang menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang.

Bagaimanapun, bukan itu yang menjadi bualan netizen sebaliknya netizen memandang isu ini menerusi sudut yang lain.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, kesan daripada kes ini terhadap tiga anak mereka lebih difikirkan oleh netizen terutamanya golongan ibu bapa.

Di sebalik kisah ini ada hati anak-anak yang sedang terluka. Tergamak bapa mereka memenjarakan ibu yang membesarkan tiga anak lelaki itu selama ini.”

Bukan hanya di Facebook, malah di Twitter juga isu ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada Emilia.

Apatah lagi, menurut keterangan kes itu difahamkan anak mereka yang meminta untuk ubah tarikh tersebut kerana tidak mahu berjumpa dengan si bapa.

Kebanyakan daripada mereka dilihat memberikan sokongan kepadanya selain ada yang mengungkit tentang sikap bekas suaminya dulu.

Seorang netizen berkata,

“Untung jadi laki kaya. Dia yang curang, dia yang abusive, dia yang tak jaga anak tapi lepas cerai, bekas bini yang seksa.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sera
5 bulan lalu

(VIDEO) "Cukup Sampai Sini Je" - Tular Video Shuk Akui Menyesal, Rossa Sera Tampil Beri Respon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...