“Terfikir-Fikir Juga Apa Dia Makan..” – Nora Danish Hadir Majlis Ilmu Bersama Nedim Di Bulan Ramadan

Hiburan

“Terfikir-Fikir Juga Apa Dia Makan..” – Nora Danish Hadir Majlis Ilmu Bersama Nedim Di Bulan Ramadan

Pelakon Nora Danish memaklumkan ramadan kali ini ada membuatkan dia sedikit bersedih namun bersyukur ahli keluarga sentiasa ada menemaninya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif,42, dia dan bekas suami, Nedim Nazri juga selalu bertemu jika berkelapangan.

Advertisement

Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun Ramadan ni terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sajalah sebab kami biasa bersama.

Saya tinggal berdekatan dengan ibu, jadi tidak rasa kehilangan.

Tambah Nora, dia dan Nedim kerap menghadiri majlis agama  bersama-sama dan tidak melihat ia sebagai satu kesalahan jika berbuat perkara yang bermanfaat.

Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama.

Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri.

Pelakon jelita itu turut menyimpan azam untuk menyambut Ramadan lebih daripada hari raya Aidilfitri nanti.

Dia juga sebelum ini telah mengerjakan umrah sebelum bulan Ramadan dan menganggap ia sebagai pengalaman mengujakan serta menginsafkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharnaaz minta trio dj era fm berhenti minta maaf
2 days ago

"Just Stop Minta Maaf, Jangan Melebih.." - Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Trio DJ Era FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...