Terens Puhiri; Pemain Bola Sepak Indonesia Yang Mempunyai Larian Seperti Usain Bolt

Trending

Terens Puhiri; Pemain Bola Sepak Indonesia Yang Mempunyai Larian Seperti Usain Bolt

Baru-baru ini peminat sukan bola sepak dunia digemparkan dengan sebuah video yang viral di kebanyakan laman media utama. Video viral itu memaparkan aksi seorang pemain bola sepak liga tempatan Indonesia yang membuat larian laju lalu menjaringkan gol.

Advertisement

Terens Puhiri, berusia 21 tahun merupakan pemain dari kelab Borneo FC dan merupakan salah seorang pemain yang mewakili Indonesia. Larian Terens di dalam video tersebut terlalu laju seakan-akan video itu dimainkan dengan fast-forward. Pihak media juga terkejut akan kelajuan larian ini kerana ketinggian Terens sendiri hanyalah 165cm sahaja; ketinggian yang dikatakan sukar untuk membuat larian selaju itu.

Kelajuan larian Terens masih tidak diketahui, namun terdapat pihak di England yang menyatakan bahawa lariannya itu lebih pantas jika dibandingkan dengan bintang Manchester City, Leroy Sane yang memecahkan rekod Jamie Vardy (Leicester City) sebagai pemain terpantas liga Premier Inggeris dengan catatan 35.48km/h.

Video yang viral ini juga telah menyebabkan ramai yang membanjiri akaun Terens dengan memberi pelbagai pujian dan komen yang memberangsangkan. Terdapat juga penyokong kelab Turki, Besiktas yang mengalu-alukan kedatangan Terens ke kelab kesayangan mereka. Apapun ini mungkin satu peluang yang baik bagi beliau untuk mengembangkan kariernya ke luar negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...