October 29th, 2018

Hujung minggu lalu, satu Malaysia telah mengalami demam bola sepak apabila perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Perak berlangsung. Memang best sangat-sangat game tersebut dan akhirnya Perak berjaya merebut gelaran juara selepas menewaskan Terengganu di dalam penentuan sepakan penalti. Seperti yang ramai sedia maklum, Zizan Razak dilahirkan di Terengganu sementara Mira Filzah, yang digembar-gemburkan bercinta dengannya pula dilahirkan di Ipoh, Perak.

zizan razak mira filzah

Susulan kekalahan Terengganu di tangan Perak, Zizan telah memuat satu status ayat “pickup line” terbaik kepada Mira Filzah yang membuatkan para peminat mereka teruja. Kalau Abang Nara jadi Mira, memang cair lama dah. Power sungguh ayat Zizan nie.

zizan razak mira filzah

Now i tau kenapa i dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni i mengalah untuk lihat u senyum. Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah. @mfmirafilzah #terengganu #perak #pialamalaysia2018 #football

Keterujaan para peminat untuk melihat 2 selebriti sama cantik sama padan ini bersatu sebagai suami isteri jelas terlihat di ruangan komen gambar tersebut.

zizan razak mira filzahzizan razak mira filzah

Sama-sama lah kita nantikan episod seterusnya antara Zizan Razak dan Mira Filzah ini. Buat masa ini, kedua-dua belah pihak masih belum membuat pengakuan sama ada mereka benar-benar bercinta atau sekadar kawan sahaja. Kalau ada jodoh, tak ke manalah kan. Apa pun tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu dan Perak atas satu perlawanan yang cukup mendebarkan hujung minggu lalu. Terbaik!!!


28 responses to “Terengganu Ditewaskan Perak Final Piala Malaysia, Zizan Razak Bagi Ayat “Pickup Line” Terbaik Kepada Mira Filzah”

  1. ye ke dewwww says:

    skali mira filzah kawin dengan caprice AHAHAHAH pergi ke pasar membeli seraii

  2. Anonymous says:

    ini nk citer bola final ke, atau citer zizan, mira..

Loading...