‘Terdoa’ Minta Suami Demam, Syasya Rizal Akui Rasa Berdosa – “Saja Gurau Kasar, Tak Sangka..”

Hiburan

‘Terdoa’ Minta Suami Demam, Syasya Rizal Akui Rasa Berdosa – “Saja Gurau Kasar, Tak Sangka..”

Baru-baru ini, penyanyi dikenali ramai iaitu Syasya Rizal berkongsikan pengalamannya yang secara tidak sengaja mendoakan agar suami, Nasrullah jatuh sakit.

Tak sengaja doa hal tidak baik buat suami

Dalam perkongsian di platform Threads itu, Syasya mengakui berasa sangat bersalah dan berdosa kerana mengeluarkan kata-kata negatif seperti itu.

Advertisement

Syasya rizal dan suami

Menurut Syasya, dirinya hanya mahu bergurau ketika terasa hati dengan sikap suami sepanjang keadaan dirinya yang tidak sihat.

Mulut terlepas ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’. Ketika itu, saya ingat hanya marah sekejap. Saja gurau kasar tambah demam. Tak sangka, doa itu betul-betul jadi.

Tinggalkan pesanan buat kaum isteri

Susulan itu, penyanyi terbabit menitipkan pesanan buat kaum isteri agar sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif sahaja dan gunakan kuasa doa untun mendoakan perkara baik dalam rumah tangga.

Threads syasya rizal

Doa isteri mustajab, sangat masin. Kadang lebih cepat termakbul dari apa kita sangka. Sebab doa seorang isteri bukan sekadar kata-kata, itulah doa paling cepat Allah makbulkan.

syasya rizal termakan daging babi
2025-07-10 11:51:40

Syasya Rizal Termakan Daging B*bi Ketika Bercuti Di China - "Ingat Label Halal Untuk Semua Makanan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...