Terdetik untuk memeriksa telefon bimbit anak perempuannya, seorang pegawai polis terkejut apabila menemukan mesej berbaur seksual di antara gadis berusia 14 tahun itu bersama remaja lelaki.
Kisah itu dikongsikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dan katanya pegawai berkenaan sudah membuat laporan polis.
Katanya, pegawai terbabit terdetik untuk membuka telefon pintar anak gadisnya kerana sebagai polis dia tahu mengenai peningkatan jenayah seksual di Kelantan.
Selepas pendedahan itu (mengenai kes rogol) pada minggu lalu, pegawai polis itu terus membuat semakan dalam telefon anaknya. Dia terkejut melihat mesej (berbaur seksual) anak perempuannya dengan seorang lelaki.
Tambah Mohd Yusoff, pendedahan yang dilakukannya sebelum ini telah memberi kesedaran kepada ramai pihak termasuklah ibu bapa, remaja dan masyarakat di negeri itu untuk tampil membuat laporan polis berhubung kejadian rogol atau perlakuan seksual.
Selepas pendedahan itu, lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.