Sebelum ini, pelakon jelita iaitu Kilafairy memberitahu imannya kini sedang bergolak dan mengaku sukar untuk istiqamah sehingga terdetik mahu menanggalkan tudung dan perkara itu mendapat perhatian orang ramai termasuklah pelakon, Nad Zainal.
Memetik laporan OhBulan!, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia ada berbual dengan Kila mengenai isu tersebut dan mendoakan agar rakannya itu kuat untuk mengharungi ujian yang melanda dirinya.
Saya terkejut bila dia muat naik perkongsian tersebut di Threads, saya kawan dia dan tak mahu komen lebih.
Dalam pada itu, pelakon itu turut percaya bahawa setiap orang pasti menghadapi kesukaran untuk kekal istiqamah.
Tapi saya percaya semua orang ada masalah yang sama (susah istiqamah). Saya yakin setiap orang ada struggle masing-masing, cuma Kila seorang selebriti dan dia muat naik perkara itu dan dapat perhatian ramai.
Saya ada cakap dengan Kila supaya sabar dan kuat kerana setiap wanita berhijab akan melalui tempoh itu. Saya tahu dia kuat dan mampu harungi ujian ini. Saya harap dia buat keputusan yang betul.