Mungkin kerana terdesak mencari pasangan hidup seorang pelakon wanita di Thailand bertindak mengiklankan dirinya menggunakan papan iklan besar.
Menariknya, pelakon itu, Pui Aranya berbuat demikian memaparkan dirinya pada papan iklan itu di bandar Lat Phrao, Bangkok, lapor Daily Mail.
Menurut portal FMT, iklan itu dikecam oleh orang ramai termasuk netizen selepas gambarnya yang mendedahkan sebahagian payudara berbunyi, “Empat puluh tahun dan masih dara. Pui Aranya perlukan suami sebelum mati”.
Turut disertakan ialah nombor telefonnya untuk dihubungi.
Pui dikatakan berusia 45 tahun dan putus asa selepas usahanya untuk mencari calon suami selama ini gagal termasuk menggunakan khidmat agensi perkahwinan.
Bagaimanapun iklan tersebut telah diturunkan oleh pihak berkuasa dan agansi pengiklanan didenda 500 baht (RM55) kerana menaikkan iklan kurang sopan.
Pihak polis dijangka menyiasat Pui dan tujuan dia berbuat demikian.