Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui maut dalam rumah sewa rakannya di Lorong Permai Timur 9, Sibu semalam. Apa kes ni?
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa yang berusia 25 tahun itu berasal dari Pahang dan baru saja lebih kurang satu bulan setengah bertugas di Sibu.
Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah.
Tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.
Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa. Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Apapun, takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Semoga tabah atas kehilangan insan yang tersayang, Al-Fatihah (dibaca).