Written by Bella | April 3rd, 2019

Semalam, ramai yang sangat teruja menonton episod pertama drama Nur 2, sejuk hati apabila babak pembukaan dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci  Al -Quran, namun ada netizen menegur terdapat beberapa kesalahan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh pelakon Raja Atiqullah.

Seorang pengguna Twitter, tampil menegur kesilapan pengarah drama tersebut tentang beberapa kesalahan besar dan jelas menerusi petikan bacaan surah Al Imran ayat 96 hingga 99.

 

 

Tidak cepat melatah, pengarah Shahrulezad Mohameddin tampil memohon maaf dan mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kesilapan tersebut.

Malah, Raja Atiqullah juga dengan rasa rendah diri turut meminta maaf atas kekhilafannya itu dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Rata-rata netizen turut memuji sikap positif Shahrulezad  yang tidak malu untuk menyatakan kesilapannya dan berusaha untuk membetulkan keadaan.

Harapnya apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran untuk pengarah dan pembikin drama yang lain di luar sana. Kalau bab ayat suci Al-Quran ini memang kita tidak boleh bawa main-main.

Sumber Berita : Afifi Hassan

8 responses to Terdapat Beberapa Kesalahan Bacaan Al-Quran Dalam Nur 2, Pengarah Tampil Mohon Maaf

  1. faraj says:

    nasib baik saya tak tgk Filem Sampah…..bacaan pun tk btol..

    21

    8
    • Anonymous says:

      Ini bukan filem. Ni drama. Kalau kau tak tengok filem sampah kena kau masuk blog hiburan? Sama jugak 2×5.

      9

      1
    • Anonymous says:

      at least pengarah terima teguran n ade inisiatif nak perbaiki bacaan, jelas dlm hal ni semua org duk sebuk nak tau secara x langsung turut sebut kalimah suci al quran, cuba lah amek positif review sikit.

      2

      3
    • EMY says:

      AKU DPT RASA NUR 2 TAKDE AURA MCM YG 1ST. 1ST EPISOD PN MCM KURENG JE. TAK MCM 1ST EPISOD NUR YG PERTAMA.
      APA PUN JGN JUDGE DLU. KITA LAYAN SMPI FINAL EPISOD OKAY . CHILLLLLL

      21

      -2
  2. Ros says:

    Kepercayaan Melayu:

    1. Hanya yang baca tajwid cantik sahaja boleh baca al Quran, sampai layak masuk tilawah Al Quran, untuk bertanding suara ala2 AJL. Yang salah tajwid tak layak baca. Lari maksud. Tapi seazalinya semua yang baca berlagu asli cantik sempurna TAK TAHU pun maksud. Rujuk tafsir-yang ditafsirkan manusia ikut interpretasi dia-yang dianggap betul oleh mufti.

    2. Yang baik dari Allah. Yang buruk dari manusia. Maknanya Allah tidak berkuasa dalam siang dan malam, hitam dan putih, baik dan buruk. Boleh pilih2 timbang kati mana yang Allah punya kerja, ada pula yang kita punya kerja sedangkan setengah nafas pun kita tak lepas kalau bukan kerana Rahmat Dia.

    3. Berdakwah di media social, tegur sana sini tapi bila malam takde yang duduk berzanji ke baca Quran ke ape-semua duduk tengok drama gak. Bila iklan yang tak syariah compliant-tengok juga.

    Nasiblah separuh melayu. Maka separuh je bodoh. Lol.

    0

    0
  3. biarbetik says:

    Dpt tgok 1st ep hari ni..banyak hoohah konon explicit so try tgok ok so far bagus..Nur last yr sgt menyentuh Nur2 ni harap menghiburkan juga dari baca fattah ke faz, faz ke lopa pening aku kat morgue ni layan drama Nur bila free..harap2 dpt kita buka mata ttg kehidupan bukan hanya shiok sokong artis blablabla budak2 sekarang fanatic lain sikit passive-aggressive..harap u dpt lebih banyak berkarya i sokong dari jauh..keep it up!

    3

    2
  4. black maria says:

    mengada2 lh nk buat scene mengaji bagai pstu x check bacaan… nur 2 ni cam merapu jer kisahnye…nk buat kisah pasal ape pelacur nk bermadu dgn nur ke? klise sgtlh tak yah lh wat sekuel klu idea setakat tu jer bang…lame boring…aku semalam layan DIlawale lagi best.

    24

    0

Leave a Comment

Optional