Semalam, ramai yang sangat teruja menonton episod pertama drama Nur 2, sejuk hati apabila babak pembukaan dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al -Quran, namun ada netizen menegur terdapat beberapa kesalahan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh pelakon Raja Atiqullah.
Seorang pengguna Twitter, tampil menegur kesilapan pengarah drama tersebut tentang beberapa kesalahan besar dan jelas menerusi petikan bacaan surah Al Imran ayat 96 hingga 99.
Kpd tuan penerbit @tv3malaysia, saya berharap tuan dpt menyemak terlebih dahulu bacaan Al-Quran pd awal babak ep. 1 kerana terdapat bbrp kesalahan yg besar dan jelas. Petikan bacaan dari Surah Ali-Imran (96-99) pic.twitter.com/5oLA6x2YH1
— Afifi Hassan (@pipi_shoubrawi) April 2, 2019
@tv3malaysia Dibawah bbrp kesalahan jelas tertukar@tambah kalimat, tertukar baris dan lain2 yg sempat dicatat. Moga2 kita lebih peka di masa akan dtg supaya terpelihara kesucian Kalam Allah baik segi teks, bacaan, tajwid dan sebagainya. #layandrama#Nur2 pic.twitter.com/XkpvyFz0sb
— Afifi Hassan (@pipi_shoubrawi) April 2, 2019
Tidak cepat melatah, pengarah Shahrulezad Mohameddin tampil memohon maaf dan mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kesilapan tersebut.
Malah, Raja Atiqullah juga dengan rasa rendah diri turut meminta maaf atas kekhilafannya itu dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.
Rata-rata netizen turut memuji sikap positif Shahrulezad yang tidak malu untuk menyatakan kesilapannya dan berusaha untuk membetulkan keadaan.
Harapnya apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran untuk pengarah dan pembikin drama yang lain di luar sana. Kalau bab ayat suci Al-Quran ini memang kita tidak boleh bawa main-main.