Tercari-Cari Kemanisan Yang Dah Lama Hilang Bersama Ahli Keluarga? Nasib Baik Ada Pocky!

Branded

Tercari-Cari Kemanisan Yang Dah Lama Hilang Bersama Ahli Keluarga? Nasib Baik Ada Pocky!

” Bosan lah setiap rumah hidang kuih yang sama”

Bila tiba sambutan Hari Raya Aidilfitri, benda wajib yang ada dalam checklist persiapan raya korang mesti kuih raya kan? Terdapat pelbagai jenis kuih raya dengan pelbagai rupa seperti tart nenas, semperit, almond london dan macam-macam lagi. Kalau nak disebut setiap satu, memang takkan habis!

Tapi, kalau dah setiap tahun hidang kuih yang sama, bosan jugak kan? Haa, korang nakkan kelainan untuk raya tahun ini? Jom kami share satu manisan yang sesuai untuk semua golongan umur dan pasti menjadi rebutan buat sesiapa yang datang ke rumah korang!

Pocky Share Pek Sempurnakan Lebaran Tahun Ini Bersama Keluarga

Nak tambahkan keceriaan lebaran tahun ini? Min suggest untuk korang bawa pulang Pocky Share pek ni. Memang puas hati!

Kalau korang nak tahu, terdapat tiga jenis perisa yang korang boleh pilih untuk Pocky Share pek ni seperti Coklat, Strawberi dan Cookies and Cream. Korang tak perlu risau kalau sepupu korang habiskan snek Pocky ni sebab setiap pek datang dengan 8 paket stik berperisa yang pasti korang takkan berebut! 

Lebih menarik, snek Pocky ini bukan hanya sekadar snek sampingan sahaja. Malah, ia juga menjadi salah satu simbolik sebagai salah satu penguat ikatan sesama ahli keluarga apabila kita sama-sama berkongsi kemanisan Pocky dengan yang tersayang! Sweetnya! Sambil tu, boleh juga jadi pengganti duit raya untuk lebaran kali ini! Confirm budak-budak  suka!

Sertai AR Kontes Dan Berpeluang Memenangi Pelbagai Hadiah Yang Menarik!

Psst..psst.. Dah alang-alang berkumpul dengan semua saudara mara ni, apa kata korang join kontes AR kira jumlah Pocky dan menang hadiah menarik! 

Senang je nak menang!

Langkah 1: Beli min. 2 Pocky Share Pek dalam satu resit.

Langkah 2: Imbas Kod QR dan hala kamera ke senario Hari Raya.

Langkah 3: Bulatkan biskut Pocky, tangkap skrin jawapan & kongsi di IG Story &  tag @PockyMalaysia. 

Langkah 4: Hantar jawapan (bilangan biskut Pocky) ke WhatsApp 018 225 2665 beserta Tangkap Skrin Jawapan, Resit, Nama Penuh dan No. MyKad. 

Langkah 5: Ikuti Instagram dan Facebook @PockyMalaysia.

Haa, mudah kan? Make sure korang sertai kontes AR dari Pocky ni sebab min dengar pelbagai hadiah menarik yang menanti korang!

Jadikan Detik Bermakna Dengan Insan Tersayang Lebih Istimewa Bersama Pocky

Fuh, tersentuh jiwa kami lepas tonton video raya dari Pocky ni! Sebenarnya,  banyak je cara yang kita boleh lakukan untuk kembalikan momen indah bersama dengan ahli keluarga. Tak kira lah sekerap mana pun kita bergaduh, tapi ‘air dicencang tak akan putus’ kan? 

So, tunggu apa lagi! Cepat dapatkan Pocky Share pek dan bawa pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan ini!  Pastikan sambutan raya kali ini dimaniskan lagi dengan snek jejari dari Pocky! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pocky dan jangan lupa ikuti akaun Facebook dan Instagram Pocky Malaysia.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...