August 21st, 2019

Baru-baru ini, senarai pencalonan Top 5 ABPBH 32 telah diumumkan. Dalam banyak-banyak pencalonan anugerah ABPBH tahun ini, siapa sangka pelakon veteran, Dalimawati yang popular dengan watak Hantu Kak Limah berjaya tersenarai Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

dalimawati top 5 abpbh

Hampir 30 tahun dalam industri seni, Dalimawati akui terkejut pertama kali namanya tercalon dalam anugerah tersebut.

Advertisement

Dalimawati menyimpan harapan untuk menggenggam trofi itu sebagai tanda kenangan dan hasil usaha kerasnya dalam industri seni tanah air selama berpuluh tahun.

kak limah

Saya memang terkejut dan tidak sangka apabila nama tercalon dalam senarai Top 5, maklumlah pada usia begini dan sudah lama dalam bidang lakonan ia sesuatu yang mustahil. Namun, saya yakin berkat sokongan peminat yang tidak putus-putus terhadap saya apatah lagi selepas saya membintangi filem Hantu Kak Limah.

Pastinya saya mengharap untuk menang, apatah lagi pertama kali nama tercalon dalam Top 5, ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya berada ke tahap ini.

hantu kak limah

Advertisement

Saya sangat menghargai sokongan peminat yang mengundi saya kerana itulah saya meletakkan harapan untuk menang walaupun sedar saingan begitu sengit daripada pelakon lain yang tercalon.

Memang hebat betul penangan Hantu Kak Limah. Dalimawati akan bersaing dengan artis wanita lain iaitu Mira Filzah, Uqasha Senrose, Erra Fazira dan Hannah Delisha.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement

25 responses to “Tercalon Top 5 ABPBH, Kak Limah Pun Mahu Menang”

  1. Anonymous says:

    Undi Fattah Amin please…

  2. Anonymous says:

    erra fazira?

  3. Rin says:

    Seharusnya tahun ini milik syafiq klye dan zahirah macwilson untuk artis drama popular, karena drama drama mereka yang tayang di televisi selalu meletop kebabom.. Tinggal tergantung ade peminat atau tidak lagi yang akan mengundi

  4. hahaha says:

    abang nara tak nk up stori CTDK sambut anniversary ke. Letopppsss tu kalu up.

  5. Anonymous says:

    aku x blh hadam mira pilzah tercalon….filem ape dia berlakon???dh laa suara cam katak penyet je…

    • kak milah says:

      Banyak kot dia berlakon. RIse – ini kalilah, sangkar, ops cinta din sardin,3 gadis manis, meh sandar lagi dan teksi love. Ko tu yang bagai katak bawah tempurung

    • Anonymous says:

      tu dramaaaa..filem ape je yg dia berlakun

Loading...